Title: KISAH ORANG YG TAKDE KOMPUTER DAN EMAIL
Category: lonely
Blog Entry: Seorang wanita memohon
jawatan tukang sapu di MSC Cyberjaya. Pegawai di situ telah mengadakan temuduga
dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia
mengatakan “Anda diterima bekerja, berikan email anda, kami akan mengirim
maklumat yang diperlukan.” Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki
komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email..
wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.
Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki RM10.
lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya
sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja. Dia
mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan
menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu
membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa
supermarket di sekitar Kuala Lumpur .
Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya…
Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya…. Setelah bersetuju… Penjual
insuran berkata.. “Minta email Puan…” “Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan
email” jawab wanita itu.
Penjual Insuran terkejut dan berkata “Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang
besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh
lakukan jika Puan memiliki komputer dan email.” Wanita itu menjawab: “Jadi
tukang Sapu di MSC Cyberjaya”
VIEW FULL VERSION: Link